Senarai Blog Saya

Tempahan Produk Premium Beautiful

Name:
No Kad Pengenalan
Email Address:
Alamat
Poskod
Bandar
Negeri
No Telefon
Sila pilih produk yang ingin di beli Long Girdle
Long Bra
Waist Nipper (bengkung)
1 Set Girdle, Bra & Bengkung
Lain-lain produk Hai-o Marketing (seperti maharani)
Ukuran 1 puncak payudara (cm)
Ukuran 2 bawah payudara (cm)
Ukuran 3 pinggang di pusat (cm)
Ukuran 4 pinggul tertinggi (cm)
Cara Bayaran
AKUJANJI PEMBELI Saya dengan ini mengaku segala keterangan yang diberikan adalah benar. Pihak tuan berhak untuk membatalkan perjanjian sekiranya didapati sebarang kenyataan yang tidak tepat

*Segala maklumat anda adalah sulit. Pihak kami tidak akan memberi atau menjual maklumat kepada sesiapa.


Create a web form here

Satu-satunya e-book percuma. KLIK PADA GAMBAR

Pengikut

Halaman

Rabu, Februari 02, 2011

KHASIAT MANJAKANI



Kajian menunjukkan bahawa manjakani adalah kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, vitamin (terutama vitamin A dan C), kalsium, besi, serat, protein dan karbohidrat. Selain itu ia juga mengandungi unsur-unsur seperti astringen, anti-microbial dan anti-radang. Kandungan taninnya yang tinggi menyebabkan manjakani digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional, terutama untuk penggunaan selepas bersalin bagi mengetatkan rahim dan otot vagina yang mungkin kendur ataupun longgar akibat proses bersalin. Kajian membuktikan bahawa unsur astringen dalam manjakani dapat membantu mengencangkan otot dinding vagina dan mengembalikan keanjalan.

Berikut adalah antara kegunaan manjakani dalam pengubatan:-
Awet Muda : Antioksidan dalam manjakani boleh melambatkan proses penuaan sel.
Pencegahan Kencing Manis : Asid galik boleh mencegah kencing manis dan lelah.
Pencegahan barah payudara dan rahim : Antioksidan dalam manjakani boleh mencegah barah buah dada dan barah rahim.
Pencegahan bau yang tidak diingini : Oleh kerana manjakani bersifat astringen, ia boleh membasmi bakteria dan kuman yang mengakibatkan bau yang tidak selesa pada faraj.
Merawat otot-otot di dalam faraj : Tannin yang terdapat di dalam manjakani mempunyai sifat menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan menyebabkan faraj menjadi sempit semula.
Mengawal lendir dan lelehan faraj : Astringen juga mampu menyerap segala lendir dan lelehan pada faraj yang boleh menyebabkan bau yang tidak selesa.
Membersihkan lelehan haid dan nifas : Astringen juga mampu menyerap lebihan darah haid dan nifas.
Mengecutkan semula tisu-tisu : Astringen juga mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj terutamanya selepas bersalin.
Menegangkan dan mencantikkan kulit : Astringen dalam manjakani boleh mencantikkan kulit dan mencegah jerawat.
Mata yang sihat : Astringen terbukti dapat memberikan penglihatan yang jelas kerana ia mengecutkan tisu-tisu pada mata.
Rawatan payudara : Oleh kerana manjakani mempunyai sifat-sifat menegangkan kembali otot-otot, maka amalan meminum minuman bermanjakani dapat memperbaiki payu dara yang telah hilang kekenyalannya.
Gigi dan tulang : Kalsium dalam manjakani boleh membantu menguatkan gigi dan tulang.
Mulut : Astringen dalam manjakani mengekalkan kebersihan mulut.
Kulit kering dan berminyak : Astringen juga dapat mengawal kulit kering dan berminyak.
Perawatan kronik ulser : Amalan meminum minuman manjakani juga boleh merawat kronik ulser.
Pelbagai khasiat makanan : Disebabkan manjakani mempunyai serat makanan ia dapat melawaskan pembuangan air besar. Vitamin dan zat galian serta karbohidrat dan protein boleh memupuk kesihatan.

dipetik dari Mingguan Wanita 1 Mac 2004